Dalam artikel ini, kami akan menerokai perbezaan antara Bukti Taruhan (PoS) dan Bukti Kerja (PoW), iaitu dua mekanisme konsensus asas yang digunakan dalam rangkaian rantaian blok.
Apakah mekanisme konsensus?
Mekanisme konsensus ialah protokol atau algoritma yang digunakan dalam rangkaian rantaian blok untuk mencapai persetujuan dalam kalangan peserta teragih berkenaan dengan kesahan urus niaga dan keadaan lejar. Mereka memastikan bahawa semua nod dalam rangkaian mencapai pemahaman bersama mengenai keadaan semasa rantaian blok tanpa memerlukan pihak berkuasa pusat.
Mekanisme konsensus membolehkan rangkaian terpencar berfungsi dengan pasti dan selamat dengan menghalang perbelanjaan berganda dan memastikan ketidakbolehubah urus niaga yang direkodkan. Mekanisme konsensus yang popular termasuk Bunti Kerja (PoW), Bukti Taruhan dan banyak lagi, setiap satu disertakan dengan set peraturan dan insentif tersendiri untuk peserta rangkaian.
Memahami bukti kerja (PoW)
PoW ialah mekanisme konsensus yang digunakan dalam rangkaian rantaian blok untuk mengesahkan dan menjamin urus niaga. Dalam PoW, pelombong bersaing untuk menyelesaikan teka-teki matematik yang rumit, sekali gus memerlukan kuasa pengiraan yang ketara. Pelombong pertama yang menyelesaikan teka-teki menyebarkan penyelesaian ke rangkaian, sekali gus memperoleh hak untuk menambah blok baharu pada rantaian blok dan menerima ganjaran dalam mata wang kripto.
Proses ini memastikan bahawa urus niaga disahkan dan ditambah ke dalam rantaian blok secara terpencar dan selamat, kerana mengubah blok-blok sebelumnya akan memerlukan usaha melakukan semula kerja untuk blok-blok seterusnya, sekali gus menjadikan usaha ini tidak dapat dilaksanakan.
Menerokai bukti taruhan (PoS)
Bukti Taruhan (PoS) ialah mekanisme konsensus iaitu pemeriksa mengesahkan urus niaga berdasarkan mata wang kripto yang mereka taruhkan. Berbeza dengan Bukti Kerja (PoW), yang bergantung pada teka-teki pengiraan, PoS memilih pemeriksa berdasarkan jumlah mata wang kripto mereka yang dipertaruhkan dan tempoh penyimpanan mereka.
Kebarangkalian dipilih sebagai pemeriksa dan mendapat ganjaran adalah berkadar terus dengan jumlah mata wang kripto yang dikekalkan. Ini memberi insentif kepada pemeriksa untuk bertindak dengan jujur, kerana mereka mempunyai kepentingan kewangan demi mengekalkan integriti rangkaian.
Tukar ganti PoW dan PoS
Tukar ganti merujuk kepada kompromi atau pengorbanan yang dibuat apabila memilih antara pelbagai pilihan atau penyelesaian. Dalam konteks mekanisme konsensus rantaian blok seperti PoW dan Bukti Taruhan PoS, terdapat beberapa tukar ganti yang perlu dipertimbangkan.
Memahami tukar ganti ini adalah penting bagi pihak berkepentingan dalam ekosistem rantaian blok untuk membuat keputusan termaklum tentang mekanisme konsensus, penyertaan rangkaian, serta keutamaan pembangunan.
Kesimpulan: Bukti taruhan lwn. Bukti kerja
Secara kesimpulannya, walaupun Bukti Taruhan (PoS) dan Bukti Kerja (PoW) mewakili pendekatan yang berbeza dalam mencapai konsensus dalam rangkaian rantaian blok, setiap satu datang dengan rangkaian tukar ganti tersendiri. PoS menawarkan potensi kelebihan dalam kecekapan tenaga dan kebolehskalaan tetapi harus menangani kebimbangan berkenaan pemencaran dan keselamatan, manakala keselamatan kukuh PoW datang dengan penggunaan tenaga dan cabaran kebolehskalaan yang besar.
Ikuti kami di Telegram, Instagram dan Facebook untuk mendapatkan kemas kini Headway serta-merta.

