EURUSD atau “Fiber”
Eurodollar mewakili mata wang Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Ia merupakan pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan di dunia.
🤓 Fakta menarik
Asal usul nama panggilan EURUSD, Fiber, tidak begitu jelas. Ia berkemungkinan berasal dari zaman awal perdagangannya, apabila transaksi dihantar melalui kabel gentian optik. Teknologi ini dilihat sebagai simbol kepantasan dan kecekapan pasangan tersebut dalam pasaran.
Apabila melihat pergerakan harganya, kita melihat banyak “hingar”. Ini bermakna walaupun dalam suatu trend, EURUSD bergerak perlahan dengan penarikan balik yang kuat ke arah bertentangan. Ini sering mewujudkan julat yang luas dan panjang pada carta. Bersabar semasa berdagang Fiber!

USDJPY atau “Ninja”
Pasangan ini menampilkan dolar AS yang didagangkan berbanding yen Jepun. Pasangan ini paling terkesan dengan peristiwa geopolitik dan data ekonomi daripada kedua-dua negara, kerana ekonomi Jepun berkait rapat dengan AS.
🤓 Fakta menarik
USDJPY biasanya dirujuk sebagai Ninja, sebahagian besarnya kerana figura pahlawan ikonik tersebut dikaitkan dengan Jepun, mencerminkan warisan budaya negara itu.

Isnin Hitam Jepun
GBPUSD atau “Cable”
GBPUSD menunjukkan Pound British (Sterling) berbanding Dolar AS. Seorang pedagang terkenal pernah berkata “Jika Cable mempunyai rambut, rambutnya berwarna merah. Dia mempunyai sifat panas baran dan boleh bergerak dengan agak kuat ke satu arah atau arah yang lain” (David Paul).
Ia sememangnya salah satu pasangan mata wang yang bergerak paling agresif. Ia menunjukkan gelagat trend yang berterusan dengan penarikan balik yang mendadak dan kuat.
🤓 Fakta menarik
Nama panggilan GBPUSD, Cable, berasal daripada kabel telegraf dasar laut yang pernah menghantar maklumat kadar pertukaran antara USD dan GBP merentasi Lautan Atlantik. Walaupun teknologi moden telah menggantikan keperluan kabel tersebut, namanya kekal bertahan sehingga kini.

USDCHF atau “Swissie”
Dolar AS berbanding franc Swiss berkelakuan serupa seperti Cable. Ini menjadikannya alat yang berguna untuk meramalkan pergerakan pada pasangan euro yang kurang meruap, seperti EURUSD. Secara keseluruhannya, USDCHF menunjukkan pergerakan pantas ke mana-mana arah, tetapi dengan keresahan yang kurang berbanding GBPUSD.
🤓 Fakta menarik
USDCHF juga dipanggil “Swissie”, kerana ia menampilkan Franc Swiss sebagai mata wang sebut harganya
Pasangan mata wang silang
Pasangan mata wang silang ialah pasangan minor yang kurang cair yang tidak melibatkan dolar AS, membolehkan pertukaran langsung antara dua mata wang bukan USD. EURGBP (euro/pound British), GBPJPY (pound British/yen Jepun), AUDCHF (dolar Australia/franc Swiss) adalah contoh bagi pasangan mata wang silang.

Cari semua mata wang dalam MetaTrader
Tahukah anda bahawa anda boleh mengakses carta dagangan bagi semua pasangan mata wang dalam MetaTrader anda? Untuk melihat senarai penuh, anda boleh:
- dalam aplikasi
ketik tab Sebut Harga - pada PC
klik Simbol dalam tetingkap Market Watch
Apabila anda menemui pasangan yang ingin disemak, hanya ketik atau klik kanan padanya untuk melihat carta masa nyatanya, dan tetingkap baharu akan dibuka.
🎉 Kini anda adalah pedagang hebat yang sedang melihat carta dagangan sebenar!
👉 Ambil kursus dagangan pertengahan kami untuk mempelajari cara menganalisis carta seperti seorang profesional

